Khamis, 2008 Julai 03

Cap Jari

Penggunaan fingerprint pada sesuatu identifikasi menunjukkan sesuatu ketepatan yang jitu. Ini boleh dilihat pada keselamatan negara dan pengenalan diri jenayah pada peringkat antarabangsa.

Setiap orang mempunyai perbezaan dalam fingerprint, uniknya tubuh badan kita. Ini Menunjukkan pasti ada pencipta. Ada yg mengatakan kita tercipta sendirinya.

Bagi orang Muslim, kita tidak boleh tolak Tuhan kerana Tuhan menurunkan wahyu utk mengetuk minda supaya berfikir. Jika berlaku secara rambang, pasti terdapat persamaan yg banyak.

Setelah kita melihat kesemua kepentingan alam pada diri kita, akhirnya kita akan melihat bahawa Allah Maha Agung, Maha Mencipta dan akhirnya lahirlah pengabdian yg total kepadaNya.

Katakanlah Alhamdulillah. Bayangkan sekiranya kita tidak mempunyai cap jari. Bagaimana pengesahan cap jari yang digunakan pada zaman dahulu dan kini yang begitu penting.

Yang halus pun diteliti oleh Tuhan, maka fikirkanlah adakah Allah akan tinggalkan begitu sahaja setelah kita telah melakukan pelbagai dosa yang lalu.

Apabila dikaji alam, kita akan mengetahui pasti ada pencipta, dan apabila dikaitkan dengan Al-Quran pasti kita akan tahu bahawa yg Maha pencipta itu ialah Allah S.W.T. Ketahuilah, Sesungguhnya Allah dalam setiap sesuatu sangat menyaksikan.

Kaitkan dengan iman dan keyakinan.
Bagi menasihati diriku kembali.

Edited from watching a TV program discussion about FingerPrint, Halaqah TV9

0 ulasan: