
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Renungan
Pelbagai majlis diadakan setiap tahun. Ini termasuklah, majlis kenduri kahwin dan lain-lain. Mengapa sesetengah majlis dimulakan dengan membaca surah AL FAATIHAH?
Ini adalah supaya mereka semua mendapat petunjuk seperti jalan orang-orang yang Allah telah kurniakan nikmat kepada mereka.
Cuba fikirkan
Nikmat yang sedang diperolehi oleh orang yang diberi petunjuk, yang telah meninggal dunia.
Persoalan
Adakah kita mahu ditunjuki jalan yang lurus seperti itu?
AL FAATIHAH
WALLAHUALAM




0 ulasan:
Catat Ulasan